Thursday, March 11, 2010
Malam ini..biasanya...
Malam ini adalah malam yang biasa. Ataupun hari2 yang berlalu semuanya biasa bagi aku. Setiap yang berlaku semuanya tidak akan membuatkan aku terpaku. Kerana semuanya amat biasa bg aku. Tp, apabila kesedaran iman itu timbul, saat itu juga air mata aku bertitisan. Kerana, hari yang biasa inilah Allah masih memberi aku peluang untuk bertaubat dan berlumba2 untuk mencari peluang merebut keredhaanNya.
Aku semakin takut dengan hari2 yang biasa ini. Kerana mungkin bila tibanya hari yang tidak biasa bagiku, masa itulah hari terakhir bgku dan pintu taubat tertutup. Aku masih lemah dan kurang berdaya untuk mencari kelemahan diri sendiri. Adakah ini dia diri aku yang sangat aku banggakan selama ini? Sesungguhnya aku langsung tiada daya apapun untuk mengawal diri aku. Sesungguhnya aku tiada langsung daya upaya untuk mengangkat tanganku. Melainkan dengan izinNya...Ya Allah, mohon kau panjangkan usia ku dan peluangku untuk mencari keredhaanMu demi membaiki amalan serta menutupi dosa2ku dengan amalan2ku...Ya Tuhanku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Syukran Jaziilan...