Wednesday, March 24, 2010

Perjuangan...

Kisah perjuangan dalam menegakkan Islam sudah lama kita dengar sejak dari kecil lagi..daripada kisah2 sirah nabi mase ustazah aku dok citer dulu mase kecik2 sampaila kelas2 hadis yang aku penah hadir semuanya berkisar ttg satu tujuan..baru2 ni aku ade terjumpa senaskah majalah (lupa lak nama majalah tu), ade tajuk itu berkisar ttg perjuangan Islam kita. Aku terjumpa satu kata2 yang berbunyi, "Wahai kaum Muslimin, BANGUN!!! Kebangkitan Islam kini memerlukan penglibatan kamu..."

Aku terus mengelamun sendirian...Terfikir sejenak apakah yang sepatutnya aku buat..Tp x lame pastu mak aku bukak radio dengar IKIM...die cakap, mmg dah dari dulu Allah sudah menyuruh kita agar bersatu dan menjajah tanah Palestin (dimana tempat kiblat pertama kita) dan bukan itu sahaja...Selagi kita bersatu, perkara2 yang mungkar InsyaAllah pasti akan hilang dalam perpaduan kita di negara ni. Mari kita sama2 mencari permata yang hilang (iman) dalam diri kita..Sudah tidak perlu dipersoalkan..Hdup kita ini hanya satu saja..Mencari keredhaan Allah..Alhamdulillah...

Tujuan aku tulis ini hanya sekadar untuk menyampaikan dan ingat mengingati sesama kita termasuk diri aku yang jahil dalam mencari erti Islam itu sendiri...Aku sudah tidak tahan dengan bergelumbang dengan kemaksiatan dan dosa2 besar...Moga Allah memberikan kita Rahmat dan kita diberikan kekuatan melawan nafsu dan bisikan syaitan...

InsyaAllah..Semua persoalan mmg sudah tersedia jawapannya....

Monday, March 22, 2010

Cinta dan tingkat2nya

Cinta adalah sifat dan perasaan yg sgt mulia. Tingkat cinta tertingi adalah cinta terhadap Allah...dan cinta kepada Allah dapat timbul dengan membangkitkan kekuatan akal dan jiwa, memperdalamkan al Quran, memperbanyakkan zikir dan mengenang sifat2 Allah dan Asma ul HusnaNya serta dengan memperingati selalu atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita setap masa.

Jika cinta kepada Allah telah meresap dan berakar didalam hati seseorang, maka Allahlah yang mejadi tujuan seseorang itu. Maka dengan itu sesiapa pun sanggup untuk mengorbankan segala2nya. Segala kelazatan dan kenikmatan duniawi dipandangya tiada bererti disamping kelazatan yang dirasakan kerana hubungannya dengan Allah...

Aku amat2 memuji kebesaranNya dimana Allah sentiasa berpegang pada janjinya..Allah tidak akan pernah buatkan aku bersedih hati walaupun aku byk melakukan dosa2 lampau hakikatnya. Sedikit demi sedikit, kian aku asahkan hati, akal dan mindaku untuk menagih secebis kekuatan iman dari Allah. Dan dengan itu, aku yakin...hanya Allah saja yang boleh membantu aku. Sudah hampir suku dekad, namun aku masih meraba2 dalam mengenal Allah....

Saturday, March 13, 2010

Gembira tidak terkata..

Aku sangat gembira..
Sebab aku ade kawan2 yang best..
Aku sangat gembira..
Sebab aku boleh jadi seorang kawan yang best..



AKu sangat gembira..
Sebab dapat ramai kawan baru..




Aku sangat gembira..
Sebab kini aku sangat mengenal erti persahabatan..




Aku sangat gembira..
Sebab sememangnya inilah perasaan yang harus aku alami....





Alhamdulillah...

Apa tanda Allah Maha Penyayang...


"Jika Allah makbulkan doa kita,itu tanda Allah sayang...Jika Allah lambat untuk makbulkan doa kita,itu tanda Allah ingin menguji kita...dan, Jika Allah tidak makbulkan doa kita,percayalah...Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita"


Speechlessssssssss........ToT

Friday, March 12, 2010

to be kind..


I dont have to be an Imam to be a very kind person.
I dont have to wait until my mom ask me to perform solat.
I dont have to ask my friend what do i have to do.
I dont have to risk my life to finding person who can change me.
I dont have to keep advising closest person without i make it first.
I dont have to influenced from any bad things from my bestest friend.
I dont have to keep talking about this things.

Just because i'm not perfect...but,trying to be perfect is more than anything for me to do. But i have to make sure that i get guided from someone who can give me some advice.

Cheers...Allah is always be with us..Lets love each other...

Aku perlukan perubahan?



Hampir tiap hari aku mengeluh dan keluhannya adalah hampir sama setiap hari. Mak aku mmg salu marah kalau aku salu mengeluh..Kadang2 tu kene sorok2 kalau nk mengeluh..hmmm..

Aku perlukan perubahan. Tiap hari memikirkan perkara yang hampir sama dan setiap hari hampir lupa apa yang aku dah decide semalam. Itulah penunjuk level keimanan aku dan kekuatan aku.
Tapi aku rase aku dah dapat kesimpulan untuk sume ini.

Pendapat aku, aku tidak perlu berubah untuk menjadi seseorang yang baru atau lebih2 lagi berlagak seperti seseorang yang aku puji (melainkan Rasulullah). Tapi untuk mencontohi akhlak seperti Rasulullah s.a.w itu amatlah yang terbaik dan agak sukar untuk di lakukan oleh anak muda seperti aku.
Jawapan yang diberikan oleh ilhamku adalah aku hanya perlu untuk membuat perkara yang sepatutnya aku menjadi. Iaitu menjadi seorang Muslim.

Sebab....segala panduan mmg dah clear..Aduh,kenapa aku menjadi buta selama ini. Mungkin inilah namanya petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada aku. Akhir kata, aku hanya ingin memohon doa pada Allah,yakni Tuhanku yang Maha Esa untuk memberikan aku kekuatan dan keteguhan iman agar tidak ditarikbalik nikmat dan anugerah yang aku kecapi ini...Allah....Aku mencintaiMu...


Thursday, March 11, 2010

Kemanisan iman...



3 Perkara,sesiapa yg mendapat ketiga2 perkara itu didalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman,iaitu:

1. Bahawa Allah & RasulNya LEBIH dikasihi lebih ia kasihi dari yg lain,

2. Bahawa beliau TIDAK mengasihi ssorang kecuali kerana Allah,dan

3. Bahawa beliau BENCI kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilontarkan kedalam neraka.

Ketiga-tiga perkara ini bg aku mudah untuk sama2 kita dapat...yang sedehnya kadang2 kita sendiri lupa musuh kita yang nyata adalah syaitan. dialah yang selalu melalaikan kita dan menghasut hawa nafsu untuk mengawal diri kita lalu menjadi ego dan angkuh pada Tuhan kita sendiri. A'udzubillahiminassyaitanirrajim....Akan tetapi kita juga haruslah memiliki azam dan usaha untuk menguatkan dan meneguhkan keimanan kita pada Allah. InsyaAllah, selagi kita berada dekat dengan Allah maka dengan itu, berdoalah supaya kita terpelihara daripada bisikan syaitan dan kekuatan hawa nafsu. Iman itu adalah mutiara. Memang betul apa yang dikatakan oleh Raihan. Iman itu sesungguhnya satu anugerah dan nikmat yang Allah s.w.t beri pada hambanya yang dikehendakinya. Dalam surah al Baqarah ayat 285 yang bermaksud,


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

i'tirof


Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka

Malam ini..biasanya...


Malam ini adalah malam yang biasa. Ataupun hari2 yang berlalu semuanya biasa bagi aku. Setiap yang berlaku semuanya tidak akan membuatkan aku terpaku. Kerana semuanya amat biasa bg aku. Tp, apabila kesedaran iman itu timbul, saat itu juga air mata aku bertitisan. Kerana, hari yang biasa inilah Allah masih memberi aku peluang untuk bertaubat dan berlumba2 untuk mencari peluang merebut keredhaanNya.
Aku semakin takut dengan hari2 yang biasa ini. Kerana mungkin bila tibanya hari yang tidak biasa bagiku, masa itulah hari terakhir bgku dan pintu taubat tertutup. Aku masih lemah dan kurang berdaya untuk mencari kelemahan diri sendiri. Adakah ini dia diri aku yang sangat aku banggakan selama ini? Sesungguhnya aku langsung tiada daya apapun untuk mengawal diri aku. Sesungguhnya aku tiada langsung daya upaya untuk mengangkat tanganku. Melainkan dengan izinNya...Ya Allah, mohon kau panjangkan usia ku dan peluangku untuk mencari keredhaanMu demi membaiki amalan serta menutupi dosa2ku dengan amalan2ku...Ya Tuhanku.....

Wednesday, March 10, 2010

Makna Air Mata Insan


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
(Petikan ini aku amek at iluvislam.com sbb buat masa skrg ilham belom dapat lagi)

Syukran ya...


Alhamdulillah...Dah sekian lama aku teringin untuk buat semula blog akhirnya dengan izin Tuhan aku, dapat juga aku membuat satu lembaran baru memandangkan kehadiran kehidupan baru ini. Dengan niat yang ikhlas dan baik2 (insyaAllah) akan aku gunakan blog ini sebagai satu platform dimana kita (para pembaca) dapat sama2 berkongsi matlamat dan sahsiah hidup di akhir zaman ini...majulah Islam untuk UMAT!!