Thursday, March 11, 2010

Kemanisan iman...



3 Perkara,sesiapa yg mendapat ketiga2 perkara itu didalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman,iaitu:

1. Bahawa Allah & RasulNya LEBIH dikasihi lebih ia kasihi dari yg lain,

2. Bahawa beliau TIDAK mengasihi ssorang kecuali kerana Allah,dan

3. Bahawa beliau BENCI kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilontarkan kedalam neraka.

Ketiga-tiga perkara ini bg aku mudah untuk sama2 kita dapat...yang sedehnya kadang2 kita sendiri lupa musuh kita yang nyata adalah syaitan. dialah yang selalu melalaikan kita dan menghasut hawa nafsu untuk mengawal diri kita lalu menjadi ego dan angkuh pada Tuhan kita sendiri. A'udzubillahiminassyaitanirrajim....Akan tetapi kita juga haruslah memiliki azam dan usaha untuk menguatkan dan meneguhkan keimanan kita pada Allah. InsyaAllah, selagi kita berada dekat dengan Allah maka dengan itu, berdoalah supaya kita terpelihara daripada bisikan syaitan dan kekuatan hawa nafsu. Iman itu adalah mutiara. Memang betul apa yang dikatakan oleh Raihan. Iman itu sesungguhnya satu anugerah dan nikmat yang Allah s.w.t beri pada hambanya yang dikehendakinya. Dalam surah al Baqarah ayat 285 yang bermaksud,


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

No comments:

Post a Comment

Syukran Jaziilan...