Thursday, April 22, 2010

Ingatlah akan hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

Tidakkah engkau lihat bahawa mala mini

Bila telah sempurna kegelapannya

Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya

Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpahdemi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

Sunday, April 18, 2010

Jangan sedih..

Janganlah sedih wahai kawan2ku...kerna Allah sentiasa bersama dgn kita. Setiap apa yang baik dan buruk itu datang dari Allah sebagai kasih nikmatNya dan dugaan untuk kita. Setiap apa yang berlaku itu jadikan tauladan dan sempadan supaya diri kita menjadi semakin kuat di sisi Allah. Untuk cak, atok rasa Allah suka dgn orang yang macam cak...sentiasa berusaha untuk mencari yang terbaik untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik. Atok sentiasa bersama dengan cak walaupun cak jauh. Atok sayangkan hubungan kita ini kerana kita rapat kerana perkara2 yang melibatkan agama. Untung atok kenal cak. Dan x lupe juga buat nani, adik beradik cak. Kita satu family...jgn lupa itu.

Monday, April 12, 2010

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:


"Datang kepada kami Rasulullah s.a.w dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda bersabda,"Apa yang kamu bincangkan?" Lalu kami menjawab,"Kami berbincang tentang hari kiamat ya Rasulullah" lantas Baginda s.a.w bersabda,"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihatnya sebelum sepuluh macam tanda-tandanya."


1. Asap yang keluar dari bumi

2. Dajjal

3. Binatang

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya

5. Turunnya Isa bin Maryam alaihiwassalam

6. Yakjuj dan Makjuj

7. Tiga kali gempa bumi dan sekali di timur

8. Sekali di barat dan;

9. Yang ketiga di semenanjung arab

10. Keluar api dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada padang Mahsyar mereka.


Hadith riwayat Muslim.


Demikian wahai sahabatku,tanda-tanda kecil kiamat sudah nyata dan jelas dimata kita kini. Apa yang kita tunggu lagi sedangkan kiamat itu pasti akan berlaku.

Kebangkitan Islam memerlukan penglibatan kita. Ayuh!! Mari kita sama-sama bangun!! Sediakan persiapan kita dengan ingat-mengingati sesama kita. Allah s.w.t tidak akan mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri....